Terma Perjanjian Umum

TERMA PERJANJIAN UMUM

Ini adalah terma Syarat Perjanjian Umum yang digunapakai kepada semua klien. Sekiranya dipersetujui secara bertulis, perjanjian tersebut akan menggantikan bahagian khusus perjanjian ini yang berkaitan dengan isu tersebut, tetapi bukan keseluruhan perjanjian. Dengan membayar invois anda secara automatik bersetuju dengan syarat ini. Sila baca dengan teliti sebelum membuat pembayaran. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi kami.

Terma Utama (Seksyen 1.1)

  1. Untuk bahan grafik, pihak klien akan menerima item akhir grafik melalui link Google Drive. Google Drive link akan tersedia untuk dimuat turun dalam tempoh 30 hari. Selepas daripada tempoh tersebut, kesemua imej akan dihapuskan selama-lamanya. Pihak klien adalah bertanggungjawab untuk membuat backup segala bahan grafik daripada muat turun digital.
  2. Untuk rekaan web, pihak klien akan menerima item akhir web yang dilancarkan secara atas talian. 
  3. Fail raw tidak akan diberikan dalam apa jua keadaan dan situasi.
  4. Masa kerja standard kami untuk rekaan grafik adalah 15 hari bekerja bermula dari hari deposit dilakukan. Tambahan sebanyak RM80/sehari untuk rekaan segera sehingga 7 hari bekerja. Suntingan boleh dilanjutkan sekiranya klien meminta masa revision ekstra.
  5. Masa kerja standard kami untuk rekaan web adalah 30 hari bekerja bermula dari hari deposit dilakukan. Tambahan sebanyak RM80/sehari untuk penyuntingan segera sehingga 7 hari bekerja. Suntingan boleh dilanjutkan sekiranya klien meminta masa revision ekstra.

Kupon Diskaun (Seksyen 1.2)

  1. Tidak sah dengan tawaran lain dan/atau tidak boleh disatukan denga napa jua promosi terkini atau diskaun, termasuk menggunakan aneka kupon.
  2. Tidak sah dengan promosi atau tawaran istimewa bermusim.
  3. Semua kupon adalah hanya boleh ditebus untuk satu lawatan datau satu masa penggunaannya, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai. Semua kupon tiada nilai tunai.
  4. Tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh dijual atau dilelong online.
  5. Setiap kupon mempunyai had perbelanjaan minimum dan maksimum yang telah ditetapkan.
  6. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya ia hilang datau dicuri.
  7. Setiap kupon luput.

Hakcipta (Seksyen 2.1)

  1. Hak cipta penuh ke semua rekaan grafik dan web yang dibeli akan dipindahkan kepada pelanggan setelah pembayaran dibuat sepenuhnya.
  2. E Skills Productions dan pereka grafinya atau pereka webnya BOLEH menggunakan foto, video, rekaan grafik, rekaan web yang telah dibuat untuk contoh professional, paparan, halaman web internet, pengiklanan, pameran, pertandingan, dan apa jua tujuan lain. Ini termasuk imej asal dan di belakang tadbir sewaktu pengambaran foto atau video.

Polisi Pembatalan (Seksyen 3)

  1. Minimum notis 5 hari bekerja diperlukan untuk melakukan pembatalan Perjanjian ini daripada pihak klien. Apa-apa notis pembatalan yang dibuat kurang daripada 5 hari bekerja sebelum tarikh perkhidmatan yang dipersetujui akan mengakibatkan pembayaran penuh oleh pelanggan. Apa-apa deposit tempahan (temujanji) yang telah dibuat kurang daripada notis 5 hari bekerja sebelum tarikh persetujuan perkhidmatan, adalah tidak dikembalikan dan hangus.
  2. Sekiranya pembatalan dimulakan oleh E SKILLS PRODUCTIONS, kesemua pembayaran yang telah dibuat kepada E SKILLS PRODUCTIONS daripada klien perlu dikembalikan, TERMASUK bayaran deposit. Bayaran balik (Refund) akan dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikah pembatalan.
  3. Kesemua pembayaran tidak boleh dikembalikan sekiranya mana-mana rekaan grafik yang telah disunting selesai dihantar kepada klien atau mana-mana rekaan web yang telah direka selesai dilancarkan di atas talian.
  4. Kerja dianggap selesai dan pembayaran penuh perlu dilakukan, sekiranya sesi rekaan dibatalkan kerana apa jua alasan klien, kegagalan untuk memberikan kerjasama  dan/atau material yang diperlukan dalam tempoh jadual waktu yang dipersetujui, melainkan jika dipersetujui sebaliknya.
  5. Pereka grafik dan web perlu mendapat pembayaran penuh dalam tempoh yang dipersetujui, sekiranya rekaan tergendala kerana apa jua alasan yang dilakukan klien. Pihak klien memahami bahawa pereka grafik dan web tidak boleh menunggu pihak klien untuk memberikannya bantuan dan/atau bahan yang diperlukan untuk masa yang tidak ditentukan tetapi boleh bersetuju untuk menangguhkan rekaan di kemudian hari setelah pembayaran penuh dilakukan dalam jangka masa yang dipersetujui awal.

Jaminan (Seksyen 3.2)

  1. E SKILLS PRODUCTIONS, perlu memberikan servis dan memenuhi kewajipannya di dalam kontrak ini dengan tepat masanya dan seperti pekerja, menggunakan pengetahuan dan cadangan untuk melaksanakan tugasan yang memenuhi standard industri dan akan memberikan kualiti sama seperti projek yang lain yang ditunjukkan di dalam bahagian portfolio laman web utama E SKILLS PRODUCTION – www.myakses.com.

Kewajipan (Seksyen 3.3)

  1. Pihak klien bertanggungjawab untuk spesifikasi dan penghantaran tepat pada masanya kepada pereka grafik atau pereka web, arahan dan bahan kandungan lain, seperti logo, spesifikasi warna dan bahan jenama berkaitan yang lain. Kelewatan penghantaran spesifikasi material ini boleh mengakibatkan penangguhan kepada projek.
  2. Klien perlu memberikan arahan tepat untuk setiap rekaan grafik dan web. Ini termasuk sudut (angle), paparan (cahaya), petua penyuntingan, warna, dan komposisi (composition), konsep dan tema. Sebarang grafik dan web akan disemak semula secara percuma selama-lamanya sekiranya arahan yang diberikan oleh klien tidak dipenuhi dengan betul. Pihak Klien harus membayar untuk semakan penyuntingan dan rekaan semula grafik dan web yang tidak diperintahkan pada awalnya.
  3. E SKILLS PRODUCTIONS mempunyai hak mengubah yuran untuk perkhidmatan, membatalkan atau menukar kupon dan kempen penjualan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan, kecuali jika dipersetujui secara perjanjian bertulis.

Force Majeure (Seksyen 4.1)

  1. Sekiranya proses rekaan grafik / web tertentu atau apa jua kewajiban yang berkaitan penggambaran dicegah, dibatasi, atau diganggu oleh sebab-sebab di luar kawalan munasabah mana-mana pihak (“Force Majeure”), dan jika pihak tersebut tidak dapat melaksanakan kewajibannya, maka kewajiban pihak yang memohon peruntukan ini akan digantung setakat yang diperlukan oleh peristiwa tersebut. Istilah Force Majeure termasuk, tanpa batasan, tindakan Tuhan, kebakaran, letupan, vandalisme, rebut, jangkitan virus atau kejadian serupa lainnya, perintah atau tindakan pihak berkuasa tentera atau sivil, atau oleh keadaan darurat nasional, pemberontakan, rusuhan, atau perang, atau serangan, penguncian, penghentian kerja, perselisihan buruh lain, peraturan pemerintah, penolakan perlesenan dan kebenaran atau kegagalan pembekal, kehilangan kuasa elektrik. Pihak yang berkaitan harus menggunakan usaha yang wajar dalam keadaan ini untuk mengelak atau menghapuskan sebab-sebab ketidakpatuhan tersebut dan akan terus melakukan tindakan dengan munasabah apabila masalah tersebut dihapus atau dihentikan. Suatu tindakan atau peninggalan akan dianggap dalam kawalan yang wajar dilakukan, ditinggalkan, atau disebabkan oleh pihak tersebut, atau pekerja, pegawai, ejen, atau sekutunya.

Undang-Undang Yang Digunapakai (Seksyen 4.2)

  1. Undang-Undang Malaysia perlu digunapakai dalam perjanjian ini.
  2. Klien bersetuju dengan segala terma di dalam laman web www.myakses.com dengan membayar invois. Mesej ini akan diletakkan dalam invois juga.

Kemaskini (Seksyen 5.1)

Terma telah diupload pada 22 April 2018.

  • Kemaskini kepada seksyen 1.1 (12 Januari 2019)
    • Format perjanjiandiperbetulkan