Jenis Rekaan Web eCommerce

Jenis rekaan web eCommerce yang ditawarkan pihak kami.

Kami menawarkan khidmat rekaan web eCommerce atau eDagang. Bagi memudahkan anda memilih konsep web eCommerce yang diingini, kami pecahkannya kepada beberapa jenis seperti di bawah.

REKAAN WEB ECOMMERCE

Sekiranya anda mempunyai produk samada keluaran sendiri ataupun tidak, laman web eCommerce sangat penting untuk anda kembangkan perniagaan anda. Dengan konsep perniagaan tanpa masa 24jam, pelanggan dapat mengunjungi laman web anda, melihat, dan melakukan tempahan produk anda.

Permintaan perniagaan atas talian ini telah memberi peluang yang terbaik kepada peniaga terutamanya dalam suasan krisis covid-19 ini. Dengan adanya laman web eCommerce, anda dapat memastikan produk anda menjangkaui sempadan negeri mahupun negara.

Kelebihan mempunyai laman web eCommerce ini, membolehkan perniagaan anda bergerak maju seiring dengan situasi dan peredaran zaman. Ramai peniaga yang telah mengaut keuntungan dengan perniagaan eCommerce mereka, anda pula bila lagi?

Cara Berurusan

Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan kami.

PILIH JENIS REKAAN WEB / GRAFIK

Di Laman Web Kami

1. Pilih jenis rekaan web yang diingini.

2. Klik butang "MOHON QUOTE".

PERBINCANGAN

Dengan Kami

1. Berbincang tentang projek anda dengan kami.

2. Persetujuan dimeterai tentang bajet, deposit, tema, konsep dan lain-lain spesifikasi serta ekspektasi anda.

PROSES MEREKA

Dimulakan Pihak Kami

1. Setelah deposit diperoleh, pihak kami akan memulakan kerja mereka web / grafik.

2. Setelah siap, hasil kerja demo akan diberikan untuk disemak oleh anda.

3. Perubahan akan dilakukan berdasarkan semakan anda.

PELANCARAN

Web atau Grafik

1. Setelah rekaan web / grafik selesai. Baki akhir pembayaran perlu dijelaskan.

2. Web dilancarkan atau grafik diberikan secara link di dalam akaun yang disediakan.

KEDAI ONLINE
(MULTI PRODUK)

Khidmat Pembangunan Laman Web Untuk Kedai Online

Kedai online atau eStore merujuk kepada laman web yang menjual aneka barangan lebih daripada 1 jenis barang. Sebagai contohnya, anda merupakan peniaga baju. Jadi, anda menjual pelbagai jenis baju dengan menggunakan konsep kedai online.

Kelebihan kedai online ini ialah, pengurusan stok, keuntungan dan promosi adalah di tangan anda. Anda boleh menguruskannya dengan apa jua keinginan anda tanpa perlu merujuk kepada pihak lain.

Malah, dengan adanya kedai online ini, anda boleh melakukan pemasaran terus kepada bakal pelanggan ataupun bekas pelanggan anda. Anda bebas melakukan apa sahaja teknik pemasaran kepada database pelanggan yang anda miliki.

LANDING PAGE
(UNI PRODUK)

Khidmat Rekaan Landing Page eCommerce untuk Uni Produk.

Landing page ini merujuk kepada halaman tunggal yang menjual sejenis produk sahaja. Tujuan landing page ini adalah untuk memberikan penekanan kepada produk yang anda jual. Contohnya, anda menghasilkan produk vakum berwap. Jadi, landing page eCommerce anda akan memfokuskan tentang vakum berwap sahaja.

Melalui landing page ini, pelanggan akan lebih fokus dan terarah dengan produk anda sahaja. Justeru, penggunaan gambar foto yang menarik amat diperlukan di dalam menghasilkan landing page yang terbaik dan menarik.

MARKETPLACE
MULTI VENDOR

Khidmat Pembangunan Laman web Marketplace untuk Multi Vendor.

Marketplace atau gedung merujuk kepada laman web eCommerce yang memberikan peluang kepada vendor lain untuk menjual produk mereka di dalam laman web anda sama seperti Shopee, Lazada 1 Street dan sebagainya.

Jika anda adalah agensi berkanun yang mempunyai ramai usahawan di bawah anda, maka marketplace multi vendor ini sesuai untuk membantu usahawan-usahawan anda berniaga secara online dalam platform marketplace yang anda sediakan.

Jika anda merupakan individu atau syarikat yang ingin menjadi seperti Shopee dan marketplace yang lain, maka konsep eCommerce seperti ini boleh anda bina. Mana tahu ia akan menjadi empayar gedung marketplace yang terkenal satu hari nanti.

Soalan Lazim (FAQ)

Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang “MOHON QUOTE” yang disediakan di setiap halaman berkaitan.

Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.

Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!

Adakah saya perlu perbaharui hosting dan domain pada tahun berikutnya?

Kami memerlukan deposit sebanyak 50% untuk setiap tempahan.

Kami yakin bahawa anda akan menyukai perkhidmatan rekaan web dan grafik kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah dan sekiranya kami tidak dapat menyelesaikannya, kami menawarkan bayaran balik sepenuhnya.

You've just added this product to the cart: