Jenis Rekaan Grafik Penerbitan

Jenis perkhidmatan rekaan grafik penerbitan yang ditawarkan pihak kami.

Kami menyediakan beberapa konsep perkhidmatan grafik penerbitan yang pernah kami tawarkan kepada pelanggan kami sebelum ini. Pembahagian konsep rekaan grafik penerbitan ini akan memudahkan anda mengetahui jenis projek yang anda ingini jika berurusan dengan kami.

KHIDMAT REKAAN GRAFIK PENERBITAN

E Skills menawarkan khidmat rekaan grafik penerbitan untuk anda. Khidmat grafik penerbitan ini termasuk rekaan grafik majalah, buku, ebook dan sebagainya. Rekaan grafik penerbitan yang menarik, akan dapat memikat hati pembeli.

Malah, dalam dunia penerbitan hari ini, rekaan grafik banyak memainkan peranan untuk melariskan jualan sesuatu terbitan. Namun, rekaan grafik penerbitan ini menuntut kreativiti yang tinggi kerana ia melibatkan konsep, pemilihan warna, aturan media dan sebagainya.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami merupakan agensi yang tepat untuk menghasilkan rekaan grafik penerbitan anda. Tidak kira samada ia untuk terbitan cetakan mahupun digital. Kami dapat memenuhi permintaan anda.

Cara Berurusan

Langkah dan proses untuk menggunakan perkhidmatan grafik penerbitan kami.

PILIH JENIS REKAAN WEB / GRAFIK

Di Laman Web Kami

1. Pilih jenis rekaan web yang diingini.

2. Klik butang "MOHON QUOTE".

PERBINCANGAN

Dengan Kami

1. Berbincang tentang projek anda dengan kami.

2. Persetujuan dimeterai tentang bajet, deposit, tema, konsep dan lain-lain spesifikasi serta ekspektasi anda.

PROSES MEREKA

Dimulakan Pihak Kami

1. Setelah deposit diperoleh, pihak kami akan memulakan kerja mereka web / grafik.

2. Setelah siap, hasil kerja demo akan diberikan untuk disemak oleh anda.

3. Perubahan akan dilakukan berdasarkan semakan anda.

PELANCARAN

Web atau Grafik

1. Setelah rekaan web / grafik selesai. Baki akhir pembayaran perlu dijelaskan.

2. Web dilancarkan atau grafik diberikan secara link di dalam akaun yang disediakan.

REKAAN BUKU

Khidmat Rekaan Grafik Penerbitan Buku.

Perlu diketahui bahawa jualan laris sesuatu buku bukan sahaj bergantung kepada kandungannya. Tetapi hampir 90% ia bergantung kepada rekaannya. Rekaan buku yang hambar yang dipenuhi dengan tulisan sahaja, sukar untuk menambat hati pembeli kecuali ia adalah terbitan novel. Namun, jika ia merupakan terbitan ilmiah seperti nota dan rujukan, maka di sinilah rekaan grafik penerbitan amat diperlukan.

Pengalaman kami dalam menghasilkan rekaan buku, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Selalunya penulis hanya memberikan kandungan dalam bentuk penulisan. Tetapi, sebagai pereka, kesemuanya perlu dilakukan dari menyusun kandungan, memasukkan media grafik, menghasilkan infografik, dan mencipta cover buku. Prosesnya amat sukar melainkan dilakukan oleh profesional.

Justeru, jika anda ingin menghasilkan sesuatu terbitan buku, pastikan anda menggunakan khidmat pereka grafik penerbitan yang kreatif dan berpengalaman. Mengapa perlu hasilkan penerbitan yang akhirnya tidak dibeli pembaca.

REKAAN MAJALAH

Khidmat Rekaan Majalah.

Dalam setiap rekaan majalah, susun atur grafiknya perlu diambil kira. Penggunaan font dan warna turut diambil berat. Kesemua elemen ini banyak membantu dalam melariskan jualan sesuatu majalah.

Kegagalan mempersembahkan majalah anda dalam bentuk yang relevan dengan dunia hari ini, boleh menyebabkan terbitan anda tidak akan laku. Persembahan sesuatu majalah perlu mengikut konsep yang sesuai dengan target pembaca.

Jadi, pastikan anda mendapat khidmat pereka grafik majalah yang profesional dalam setiap terbitan anda.

TERBITAN DIGITAL

Khidmat Rekaan Terbitan Digital.

Terbitan digital merupakan terbitan yang paling relevan dalam dunia terbitan hari ini. Terbitan digital ini membolehkan bahan terbitan diakses secara atas talian. Dengan kebejatan teknologi sains masa kini, permintaan untuk terbitan digital adalah tinggi.

Namun, perlu diingat dalam setiap terbitan digital, sistem sekuritinya perlu diperketatkan. Terbitan digital yang hanya menggunakan pdf, boleh mengundang kecurian digital. Justeru, terbitan digital seperti terbitan interaktif antara muka, akses terbitan digital menggunakan kata nama dan katalaluan, atau akses terbitan digital menggunakan aplikasi merupakan antara kaedah yang boleh mengurangkan kecurian digital.

Kami telah menghasilkan lebih puluhan terbitan digital untuk pelanggan kami samada buku, nota, rujukan, majalah, katalog dan sebagainya. Uniknya, terbitan kami adalah 100% digital dan hanya boleh diakses menggunakan talian internet serta tidak boleh dicopy atau didownload - melainkan anda inginkan sebaliknya. Kesemuanya dapat kami tunaikan.

Soalan Lazim (FAQ)

Ya! Kami mempunyai platform eCommerce terbaik yang memaparkan semua harga perkhidmatan kami di laman web. Hanya pergi ke halaman “Shop Sekarang”, buat akaun percuma, periksa harga dan lakukan pesanan! Sebagai alternatif, Anda boleh meminta sebut harga dengan mengklik butang “MOHON QUOTE” yang disediakan di setiap halaman berkaitan.

Kami menerima semua pembayaran menggunakan Online Perbankan Malaysia, FPX, kad kredit utama termasuk Visa, dan Mastercard. Anda boleh membayar secara dalam talian melalui laman web.

Ya. Anda akan memiliki 100% hak cipta! Anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda perlukan dan untuk jangka masa yang tidak terbatas!

Adakah saya perlu perbaharui hosting dan domain pada tahun berikutnya?

Kami memerlukan deposit sebanyak 50% untuk setiap tempahan.

Kami yakin bahawa anda akan menyukai perkhidmatan rekaan web dan grafik kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah dan sekiranya kami tidak dapat menyelesaikannya, kami menawarkan bayaran balik sepenuhnya.

You've just added this product to the cart: